Monday, April 13, 2009

Pergilah Wahai Penghuni Syurga - Aqil

Sabtu. Tiba2 saya ditelefon oleh best friends saya, Ida. Tah tetiba cam bdebar, Ida call nangis teresak-esak...saya macam dah dpt agak apa yang terjadi. Baby dia "Aqil" telah kembali ke rahmatullah setelah berjuang beberapa hari untuk meneruskan kehidupan. Pendarahan otak kiri dan kanan yang telah smpai ke thp kritikal - stage 4 dan juge masalah paru2. Saya sedih sangat. Sangat2. Ida apelagi kan. Tapi dalam esak tangisnya...dia sempat cakap..dia redha dengan pemergian Aqil. Saya dan suami memberi kata semangat. "Ida, Allah lebih sayangkan dia. Dan ko, sebelah kaki sudah berada di syurga...". Petang itu saya, suami dan dania bergegas ke Batu Pahat untuk menziarahi ida & dr. ajax. Sekurang2nya dia dpt melepaskan rasa/perasaan kpd kami. Ye la..ini time dia..sok2 time saya...xtau mcm mane dugaannya pulak. Lagipun dulu, time blom bersalin dia dtg lawat saya..and lepas bersalin..dialah kawan sy yg pertama dtg ziarah. Kawan2 (yg 5 orang tu la) lain mungkin jauh waktu tu. Lagipun we are friends...that's what friends are for...
Dipendekkan cerita ok. Sampai Batu Pahat, org tengah bertahlil. Kami masuk dan tengok ida macam biasa je. Walaupun saya tau dia sedih. Dah borak2...makan2...dia tunjukkan gambar dan video Aqil. Memang kecik sgt bb dia..ye la 700 gram...hati saya tersentuh melihat anak sekecil itu di masukkan wayar di dalam mulut. Hiba. Hati ni mcm luruh jek ble tengok arwah di kapankan. Ida suruh saya tengok video. Tadi tgk gmbar2 jek. Saya ckp....sy xkuat nak tengok. Maklumla sy mmg sensitif...dah nak menangis kat umah org tu tp cover. Tapi saya dan suami tengok jugak...saya tengok Aqil da boleh buka mata...erm...sedih sgt (ni tgh tulih ni pun, dah bergenang airmata)...dgr ajax (suami ida) panggil2 nama dia smbil aqil pegang tangan ajax. Saya rasa sgt3 sedih tengok anak kecil itu berjuang untuk hidup dengan bantuan pernafasan...suami sy x sanggup nak habiskan rakaman tersebut..saya pun same. Ida cakap, nasib baik dia tgkap gmbr n video...itu je la kenangan yang ada. Dia x menangis tp bergenang airmata. Dia ckp, dia dah x larat nak menangis...hari2 menangis...sejak dia leakage lagi. Ida pun cakap, kalau boleh dia xnak jumpe org ramai (kawan2 yg berlima tu xpe ok)..dia x bersedia utk berhadapan dgn org ramai..ye la..nati msti org tanya mcm2..dan dia kena repeat cerita yg sama byk kali..cerita sedih plak tuh...
Flashback. Diingatkan kembali...kalau chatting ngan ida..mesti cerita pasal baby. Ape yang kena beli dulu. Apa yang kena buat. Apa yg kena makan. Siap dia suruh saya carikkan Kuih Keria Antarabangsa kat Kg. Limbongan tu. Mengidam katenyer. Saya dh jumpa kuih tu, tp..x sempat nak bagi. Dia suruh carikkan nama best2 utk anak dia la. Cerita itu. Cerita ini. Sume pasal pregnancy and baby yg bakal dilahirkan. Maklumla anak sulung, sape yg x excited kan..saya dulu pun mcm tu jugak....
Hakikatnya...Dalam perjalanan pulang, saya masih memikirkan ida. saya harap dia tabah. kalaula ini terjadi pada saya, saya mungkin tidak setabah dia. tidak sama sekali. Allah memilih dia untuk menguji keimanan dan kesabaran beliau. Dan Allah memilih org yang mampu sahaja menghadapi ujian ini. Takziah buat Ida & Dr. Ajax. Semoga roh arwah aman dan Ida ko pasti berjumpa dia di sana nanti. "Pergilah Aqil bersama penghuni syurga yang lain". Al-Fatihah. Amin.
Moral of the story : Setiap yang hidup pasti akan mati. Pasti. Dan kematian tidak mengira umur dan waktu. So, kita yang hidup perlu bersiap sedia untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.

4 comments:

Unknown said...

sedey gak dengar citer ida..hang ada p tgk baby dia tak b4 tuh? aku br plan nk g tgk, tp takde rezeki.. semoga baby Aqil ditempatkan bersama penghuni syurga..

takziah buat ida..ingat nk kol ko nk tanya psl ni.. karang2lah.. dugaan berat buat ida..kita turut sama merasakan kesedihan dan keperitan ida.. kalu jumpa ida, kem salam ek..

Ain said...

Takziah buat Ida...Smlm tak smpt nk tanya ko lebih2..Sib baik ko cite kt entry ni..Tuhan lebih sayangkan Aqil..

rayyaniman.blogspot.com said...

Ya Allah....Innalillah..... Bila? Wanie bukak blog kzue baru jer tau..Baca blog ni pun airmata ngalir sendiri..sedihnye....Moga kak ida tabah...

nmzaki said...

Takziah. Kuasa tuhan