Sunday, December 21, 2008

Mimpi

Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan dan indra-indra lain dalam tidur. Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi. ~wikipedia indonesia~
Semua org ada pernah bermimpi. Mimpi indah. Mimpi Sedih. Mimpi jadi kenyataan. Mimpi sekadar mimpi. Mimpi adalah mainan tido..tp ada juga yg mengatakan ianya satu petanda. Atau bermimpi petanda tidak membaca doa tdio sebelum tido yakni tido terbungkang tanpa menggosok gigi, mencuci muka, membasuh kaki, membaca doa tido.
Biasanya saya akan buat semua itu. Membaca doa tido, membaca ayat Kursi dan 3 Qul sebagai pendinding dari segala gangguan syaitan (tp kdg2 sy lupe jugak huhu...)
Biasanya mimpi akan diingat dlam kotak memori anda dlm tempoh yg singkat tp mungkin ada yg tersemat terus dalam kepala otak kita. Saya ada 1 mimpi yg masih sy ingat smpai ke hari ini. Mimpi tersebut dimimpikan oleh saya ketika berada di sekolah rendah. Saya masih ingat, saya bermimpi di kejar oleh seekor robot ala2 transformers keliling kampung. Robot berwarna kelabu itu ingin membunuh sy tanpa sebab. Mungkin saya adalah hero dlm cerita itu agaknya. Robot itu mengintai di celah2 jendela rumah saya untuk menangkap saya. Saya berlari ketakutan sehingga menuju ke kawasan perhimpunan sekolah rendah saya. Hairan. Kenapa saya berlari ke sekolah? Berdiri betul2 depan 2 tiang bendera di depan sekolah. Tiba2 salah satu tiang tersebut menghempap saya. Kesakitan dirasai. Maklumla waktu tu kan kecik, sakit nak mampos kena hempap ngan tiang tu tau. Di mana robot tadi saya pun xtau. Apekah motif mimpi tersebut? Adakah saya yang bertugas menaikkan bendera atau membaca ikrar pada hari isnin itu? Saya kekeliruan hingga saat ini.
Actually, sebenarnya hehe..tujuan saya menulis entry ini adalh berkaitan dengan mimpi ngeri yang saya mimpi 2 hari lepas. Saya bermimpi suami saya berkahwin dengan seorang perempuan lain yang bernama Liyana. Dalam mimpi tersebut saya amat tertekan, kecewa, sedih gile babas dengan perkahwinan tersebut. Padahal sebelum itu dia membawa saya bercuti bersama anak perempuan kesayangan kami, Dania. Tiba2 dia dikhabarkan berkahwin dengan perempuan lain. Saya menangis teresak-esak sehingga saya tersedar kerana dkejutkan oleh suami saya. Walaupun dah terjaga, sy masih menangis menyebabkan suami saya kebingungan. Saya terus memeluk dia dan berkata jangan tinggalkan saya dan kawen lain. Suami terus memeluk n mencium dan menyatakan "B, kt xkan buat mcm tu. Mimpi je tu. Apela...".Tanpa pengetahuan suami, saya terus membuat spot check kat handphone dia kot2 la ada msg ke..nama ke..perempuan misteri bernama Liyana...cemburu x tentu pasal.
Cinta?Saya memang cintakan suami saya. Sape x syg laki kan?? Lagi pula dia adalah cinta pertama saya. Tetapi saya terlupa dan terleka bahawa cinta yang saya miliki itu tidak bermaksud saya memiliki dia. Secinta mana pun saya padanya, saya bukan pemilik sebenar dirinya. Sesungguhnya saya alpa, kita semua adalah milik Maha Pencipta. Cinta yang hakiki adalah untukNya. Poligami?Saya rase semua perempuan tidak sanggup diri dimadukan atau berkongsi suami. Saya tidak menentang poligami...tapi saya mmg xsanggup memikirkan diri berkongsi suami. Saya tidak dianugerahkan keperibadian yang mulia seperti para isteri Rasulullah. Tapi saya cuba menjadi isteri yang baik...supaya saya akan menjadi ketua bidadari "disana" nanti...amin..
p/s : Moral of the story is sila baca doa sebelum tido, jika tidak anda akan diganggu mimpi ngeri dan jangan biarkan hidup anda di selubungi misstterrriii.....auukkk........

3 comments:

DesTiNaSi CinTa said...

uisk....haru punye mimpi cenggitu...huhuhu....apo lah ko nie...hehehe lawak tul

Unknown said...

hahhahaha..itulah mimpi yg plh aku tidak inginkan..semua org sayang laki beb..hehe..termasuk diriku..hehe..jd. bc doa sblm tido..

nmzaki said...

lain kali sebelum tido.. jgn lupo basuh kaki.. ahaha