Tahukah korg apa itu warna?? Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang. Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati.
Kat atas adalah roda warna. Lu org yg budak sains xtau kan??sbb gua budak art, so gua tahu ini. Tahukah lu org bahawasanya Dark Pink(Pink Gelap) dan Pink Sirap Bandung adalah di dalam kumpulan yg sama??? Tidak percaya?? Sila rujuk color wheel di atas. Mereka berada didalam kump dan keluarga yg sama. Jadi apa motif tersirat disini??
*
*
*
*
Baiklah. Mari bercerita secara serius. Baju raya gua dan mikhail adalah berwarna dark pink. Baju ry dania adalah pink gelap sedikit dari gua mengarah kepepelan bijik kundang. Baju raya suami gua adalah pink sirap bandung. Jadi kalau ada sesiapa yg bertanya kenapakah gua skluarga tidak mempunyai warna yg seia sekata senada seirama..tidak mengapa..apa pun warna..ia masih tidak lari dr kump warna yg sama. Lu paham?? So, jgn tanya mengapa lagi yer....Kita kena berani bermain warna dan mencuba sesuatu yg baru..tidak stereotype..barulah nmpak gojes lg berkeyakinan di pg raya kelak.
*
*
*
*
Cerita sebenar. Operasi mncarik baju suami yg sm warna dgn gua adalah spt misi mustahil. Ajaib. Seluruh pelusuk gua terjah (*tipu*) hingga ke klebang...tiada warna sama. Ms gua bli bju melayu mikhail kat jasko aritu..gua dah membajet.."kalau baju budak besau mika pon hado wane dark pink, kebarangkalian utk si bapa juga mungkin ada...". Tanpa segan silu dan begitu kompiden skali dgn teori yg gua pk itu...maka trus tercipta tema beraya thn ini adalah darkpink gitu...Tp sngkaan gua meleset, teori gua tidak mempunyai sbrg persamaan di mana2 kedai yg pernah gua jejaki. Maka gua dgn kurang redho tambahan kata2 perangsang suami spt "xpe..bli je warna seakan-akan..kalau nk sama kena bli segulung kain pastu tempah..pastu dok kat dinding kat warna yg sama bersama2..nescaya akan tenggelam dan bersatu bersama dinding...", gua pon tlh membeli dgn tanpa berpikir pnjg.
*
*
*
Kesimpulannya, oleh sbb definisi warna yg telah gua terang kat atas yakni mempengaruhi cara pandang...lu org jgn skali2 pndang slack kat gua n famerli. Or else lu org akan gua bekhen sepenuh tenaga. Kemon la...raya je pon..mcm kan gua nk g beraya sgt kan..padahal dok umah nak bergambor jek. Sekian. Ok baiii.
*
*
*
woiii...ngaku jelah lu da tersalah beli warna baju2 kan..pjg plak cerita
(kata gua kpd diri gua sdri)
OK, FINE...gua SALAH BELI...buta warna kehapetah...demmit!
Moral : X salah kalau lu org sefamili nk pkai warna warni pon kan, tp da trend kat mesia ni kena warna sedondon gitu..gua pon ikut la..kalau gua beraya kat korea thn dpn..mgkin tema adalah K-POP...puiii!!!