Saturday, October 16, 2010

Seprais Sangatkahhh??

Sedari pg suami me"sms" bertanya pukul brape sy mau pulang. Padahal ini hari sy bekerja, dan pulang spt biasa. Kdg2 sy pulang luar biasa jugak tatkala diri begitu lemah longlai mengadap si komputer lebih2 lagi ketika kelajuan jalur lebar di tahap maha lemah lembab. Saya membalas kembali sms nya dgn pertanyaan "kenapa". Oleh sbb beliau tidak mereply, maka sy menelepon pula. Suami berkata, ada seprais. Sy tanya apa..dia ckp kena pulang awal. Nama pun seprais atau dlm bhs melayunya ialah terkejut atau kejutan, jd xboleh beritahu. Wah, berteka-teki-teka-tekuk pulak beliau. Sy membuat nada suara paksaan dan cubaan2 liar..tp semuanya salah. Baiklah, kalau sy pulang kelak ykni lg 1/2 jam ms pulang hakiki...tiada sbrg kejutan istimewa, sy yg akan membuat kejutan terhadap awak yer. Mungkin kejutan elektrik misalnya...atau kejutan budaya. Awak pilih je nati ye. Hati sy ni mula la tau..x sabar2...tp sy cuba mengecoolkan kadar degupannya. Lagipun suami mmg suka menyeperaiskan sy. Kadang2 berbaur kegembiraan, kengkadang berbaur owh-baek-xpyh-buat-seprais-begini atau kengkadang berbaur menyakitkan hati shj. Sy hrp kejutan yg diwar2kan ini akan membawa senyuman kpd sy. Jadi, esok kalau sy rajin atau maha bosan, sy akan cerita apekah seprais yg dimaksudkan itu. Terpulang kpd situasi sy esok. Sy sengaja apdet di belog luahan ketidaksabaran ini...krn sy tidak suka mempublish status di pesbuk. Bercerita ttg status di fb, kdg2 ada manusia yg meletak status yg tah pape..kdg2 menunjuk2 dgn kehidupan atau apa yg dia ada..kdg2 berbaur emosi syok sdiri...emosi percinta yg kalau dibaca sy boleh muntah drh..emosi pencarutan..dan mcm2 lg..tp sy faham, itu hak mereka. Mcmlah status sy ilmiah sgt kan...(padahal aku pon sama gak kengkadanag)....bak kata pepatah kimora lee simmons.."kalau x suka, sila ttp mata..ttp telinga.."..eh, kimora da kwen ngan djimon hounsou (ejaan mmg slh ni, mmg mls sy nak google ejaan sbnr-jd pembaca boleh buat homework utk itu).
Baiklah. Itu shj ingin diperkatakan.

No comments: