Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Jom Men Masak2

Hey kawan..bosan x..bosan x? Ujan2 begini lebih molek kt berhibernasi kehape..tp sah2 la itu hanya impian semata2..maka marilah kt buat karangan bergambar. Tajuk adalah bebas. Tidak melebih 300 pth perkataan. Ok. Mari mulakan dengan cerita eksperimen memasak sy. Ye ye..sy tau...takat msk2 simple pon heboh nak bitau semua makhluk di mukabumi ni kan..tp sy xberapa nak kisah semua itu. Masakan saya berunsurkan korea...ye ye..mesti ada berkata dlm ati..x abes2 korea..korea..kpop..geli..kan sy pernah ckp..sy kuat tpengaruh..xcukup dgn drama/variety show..sy pengaruhkan diri utk memasak pula...

Korean Spicy Chicken Stew With Vegetables

Bahan2
Ayam (potong kecik2 sikit pastu gaul dgn garam+serbuk lada itam sikit)
1 or 2 biji kentang (potong dadu)
1 btg carrot (potong bulat)
1 biji bwg besau (belah 4)
1 btg daun bwg -- aku skip
1 sk bijan -- skip lg
1.5 cawan air (ala agak2 la dgn ayam ko tu, jgn byk sgt mcm nak buat sup plak)

Bahan Sos (gaul rata dlm 1 mgkuk ) :
2 sb chili paste - pkai lada blend je
2/3 biji bwg putih (cincang)
1 sb serbuk cili -- aku skip
1 sb gula
2 sb kicap
1 sk madu/sirap jagung
1 sk halia (cincang)
1 sk minyak bijan
secubit serbuk lada hitam

Caranya :
  1. Memula masuk ayam, kentang, carrot, bahan sos (yg ko dah gaul sesiap dlm mangkuk len), dan air ke dlm periuk. Gaul2 rata, pastu tutup periuk. Reneh pd api sederhana dlm 20-25 minit. 
  2. Buka penutup, lempar bwg besar. Tutup semula, bior la dlm 10 minit kot smpi kuah dia pekat.
  3. Tadaaa... da siap..if umah ko ada daun bawang or bijan..boleh la tabur as hiasan.
sebelum
selepas..mcm seram kan..tp percayalah..vocal bukan sekadar rupa..ehh???
Sepatutnya, rupa selepas tu idok la itam sgt..dia mcm merah2 sikit..sedak mkn ngan nasi panas..saje ubah2 selera sikit kan..

Ok, da alang2 tu aku bg sekali resipi kedua. Tp aku lupa nak amek gmbau. Senang je buatnye..*eh, mmg aku reti msk yg senang2 je..xpayah berlengas berlendir ketiak di dapur memasak..**

Ayam Goreng Mini Korea / Yangnyeom Tong Dak

Bahan 1
Dada Ayam (potong kecil dan perap dgn serbuk lada hitam+garam)
1 sb corn starch - tepung jagung
1/2 biji bwg besau (hiris kasar)
minyak secukupnya utk goreng ayam

Bahan 2
1 biji putih telur
4 sb corn starch - tepung jagung
1/2 sb air
(gaul semua dlm 1 mgkuk)

Bahan 3 (sos)
2 sb sos tomato
2 sb madu/corn syrup
1 sb gula
1 sb bwg putih cincang
1 sk cili giling (if uols ada gochujang chili paste lg bagus)
1 sk mayonis
1 sk bijan -- aku xde
1/2 sk minyak bijan
secubit serbuk lada itam
(gaul je semua dlm 1 mgkuk)

Cara-cara :
  1. tabur tepung jagung kat ayam yg da perap td. gaul rata.
  2. msuk plak ayam tu dlm bancuhan/mgkuk bahan no 2 tu
  3. panaskan minyak, sedia utk di goreng smpi dia kekuningan...pastu angkat n toskan myk
  4. didihkan bhn sos bersama bwg besar (ala ko nak tumis sikit kai myk goreng ayam td pon xpe), pastu lempar ayam goreng td. gaul2 bg rata sekejap trus angkat
  5. siap. nak lawa ko tabur la daun bwg ke hape
If korang nk tgk gmbor/resipi dgn lebih detail boleh ke blog Julie Rosarina..aku pon cilok dr blog beliau. In future aku bcita2 nak masak bibimbap/bulgogi pulak..zzzz...ok tu je nak cerita. Slmt mencuba!!

Thursday, January 17, 2013

TiRaMisU lah sangatt

Drpd melangak xde hasil, mari tabur cerita utk tatapan diri sdri. Tajuk sgt menunjukkan riak darjah kedua..kalau riak darjah pertama ia akan bebunyi begini..Yay..Dah Berjaya Buat Tiramisu..Ko Adee?? Tu mmg bg mkn penampa kat diri sdri je la..mcm kan kau hebat sgt dpt buat tiramisu yg makan pon ko sorg je..keh3..ini masakan ala2 syok sendiri je la...

Dah2..xyah merepek2 sgt..buat tiramisu ni sbnrnya sgt mudah. Bg org yg x terer masak dan pemalas mcm aku ni pon boleh buat, kalau rajen..apetah lg kan. Lg pon, aku akan cuba bereksperimen mende2 yg aku syak aku boleh buat (senang+kos murah+sedakk)...sgt2 ciri seorang aku..aku tiru resipi asal kat blog Cahaya Cinta Ku. If korang nak lebih details dan rupa paras yg menggiurkan sila la ke blog beliau. Pasti teruja i tell yu. Kat bwh versi x semenggah aku : 

Bahan2 :
Kek sponge/chiffon (korg nak kai ladyfingers ke hape biskut utk tiramisu pon boleh)
Cream cheese -200g
Whipping cream - 200ml
Serbuk Koko
Esen vanila - 1 sudu teh
Gula kastor - 1/2 cawan
Nescafe - 1 sudu teh (bancuh ngan 1/2 cwn air)

serbuk koko + esen vanila
kek chiffon (aku bantai pandan sbb tu je ada) + cream cheese+ whipping cream 200+ gula (xde dlm pics)
ko lempau je cream cheese
masuk whipping cream+gula+esen vanila...pastu mix sebati smpai likat..senang kan
air bancuhan nescafe..mula2 ko bancuh la dlm gelas, pastu letak dlm piring sbb senang nak tekap2 kek mcm kat bwh ni
tepek2 depan blkg kejap..pastu terus masuk dlm gelas/bekas
maklum 1st time buat mmg x senonoh..memula ko letak kek yg dicelup nescafe kat bawah, pastu letak cream cheese yg kt da putar td, pastu ko tapis serbuk koko..ulang step tu..ikut suka ati bape lapis nak buat

dr pandangan atas begini la
da siap ko tutup balut la dgn wrapping food tu..lempar dlm esbok..kejap pastu da bleh mkn..walau rupe x semenggah..tp sedakk..percayalah..x pecaya sila korng buat sdri..kalau yg jenih xsuke cheese tu maybe korg akan rasa muak kot..tekak aku ok je..keh3..

Ok tu desert la kan, sesambil tu aku tabur main course (kemain nak sebut main course segala) plak..mkn nasi ritu lauk simple2 je...ni kalau mak baca blog aku, mesti bangga aku da pndai masak sikit2...dulu ms anak dara..aku mmg mls je nk belaja masak, aku rela hadap majalah ujang siang malam..kalau ada exam, konpem 4flat la..pfft

kerabu udang+kacang boto

ayam panggang
ikan kukus goreng rangup (ok aku tipu bab rangup, ayat sbnr adalah garing)
gulai lemak cili api daging (xyah nak salai sgtlahh) dan kentang
Tu menu mkn mlm ritu. Ada lg side dish utk asben aku tu..yakni petai + lada jeruk. Pinsan kan..dah lepas tala nasik, harammmm x jamah tiramisu aku..acaner tuh?Aku mkn sorg2..ala2 syok sndiri smbil memuji...boleh thn rasa dia (menepuk bahu sndiri...syabass..)

Ok. Dah tu je. Jam pon da dekat pukul 6, aku pon da nak balik. Kalau ko rasa aku riak tunjuk kebolehan diri yg x seberapa ni, aku xde hal..tu masalah korg. Kih3..over sgt dah ni...okbai..hehe :)