Friday, March 22, 2013

Kuntah Kuntah

Tatkala line slow begini...moleklah kirenye sy memberikan kuiz minda kpd anda semua. Tahukah anda ape itu KUNTAH? Ye kuntah mengikut kamus dewan bahasa mikhail, ianya bermaksud MUNTAH. Ye..muntah yg uwek2 berterabur tu la. Tp mengikut versi beliau, jika muntah..anda harus menyebut...kuntah kuntah. Contohnya begini...situasi adalah beliau batuk...sekali beliau termuntah..jadi ayatnye adalah berbunyi begini..."ummi...kuntah-kuntah...". Sambil menunjukkan hasil "kuntahan" tersebut.

Apa?? Awak x pedulik??


Fine.


Saya cerita pasal mende lain.


Awak sume pernah mimpi x? Mimpi yg awak ingati sehingga saat ini? Saya pernah.


Apa?? Awak x pedulik lg? Lantak la..sy peduli apa..sy tetap mahu cerita. Xpedulik!!


Mimpi. Mainan tidur. Kdg2 lepas mimpi kt mcm x berapa nk ingt kisahnye. Kdg2 kt ingt siapa pelakon utama sahaja. Macam saya, setakat sy mimpikan Lee Min Ho dan Kim Hyun Joong tu mcm bukan perkara pelik. Tp sy x ingt samada sy mmpi bercinta dgn mereka atau hanya melihat gambar shj. Lupa.

LMH dalam Faith-The Great Doctor...wauuu..yummeh

erm..auwww....KHJ dlm BOF...oooh jin-ho sunbae

Tp ada 1 mimpi yg sy ingati hingga ke hari ini. Saya mimpi bercinta dgn beliau. Saya ingati setiap detik percintaan yang indah bersama beliau. Indah sungguh. Baiknyer beliau di dalam mimpi itu. Hey...ini siryes. Mimpi yg buatkan awak tersenyum berbunga2. Sudahlah beliau kaya...baik pula. Siap selamatkan saya ketika tsunami. Sweet bukan? Rupanya best jugek bercinta ngan orang tua ni. Patut retis suka bcinta ngan datuk2 yg da berusia..ehhh....memandai je buat fitnah. Malu nak reveal siapa yg sy terbercinta tu..kih3....

*


*

*

*

*
apa??? awak semua x kenal beliau? Baguslah...kih3


Beliau yg saya termimpikan tanpa sengaja adalah Sir Richard Branson. Awak x kenal? Sila la gugel.

*


*

Malas sy nk terangkan sapa beliau. Kalau pernah tgk most richest people in the world/europe..dia antra yg masuk senarai if x silap. Bajet aku mariah carey kah mahu bercinta dgn dia??? Ala dlm mimpi je pon.  Dan korg xyah nak imagine lelebih mimpi ape..da state..mpi becinta biasa2 gitu. Tampa kang melambung!


Tajuk lain cerita lain. Itu kepakaran saya.


*rebah berterusan*


Kbai.

Thursday, March 7, 2013

2 in 1

Hey..mengantuk bukan kepalang! Sikit lg muka ini mahu tersembam ke muka meja..biar mukaku dan muka meja bersatu...

Tetiba belek2 gmbr..maka mahu hambur cerita tanpa pedoman di blog sndri..jgn hrpkan sbrg ilmu pengetahuan di sini!!

#Cerita 1

Kejadian di suatu pg mingu lepas.



Mikhail : Hey kawan...mebius..tiga...dok dlm keta umi saya elok2 tahu..saya nk g skolah ni..tu pun terpaksa..jgn fire memfire x tentu hala...paham??

Ok x kelaka kan?

Nampak sgt tu aku yg cipta dialog sndri dalam cubaan utk kelihatan kelakar di ptg khamis yg sgt x kelaka ini. Tp ini adalah kwn baik mikhail. Bercakap pasal mikhail, anak aku yg ni lmbt nak bercakap..bercakap pon ikut sedak mulut nak kluar bahasa apa. Kdg2 di fahami, kdg2 hanya beliau dan otomen shj yg paham. Dan di setiap langkahnya akan terserlah aksi2 adiwira pujaan beliau ini. Kdg2 aku tertanya2...kenapa budak laki mesti nak kena minat otomen, ryukendo dan sebagainya. Aku x ajar pon dia tgk apetah lg nak hasut dia tgk. Lebih baik aku tgk citer korea ke kan. Lately ni dia suka mahu tgk ryukendo. Hoh..da la ryukendo tu nak bertukar lembab. Bior gaban...hei..polis angkasa gaban dulu boleh bertukar dlm masa 0.02 saat tahu? Tetiba!

lihat..bersilat saje
dan kemudian memfire daku!

adiwira kena hensem begini..telinga capang idung kembang 1 kombinasi yg baek (mengata anak sndiri kih3)
hilang kegagahan..otomen ini masih mengisap botol sebagai caj tenaga...tp di tgn tetappp ada robot

so whatt??
#Cerita 2


Cerita pasal dania pulak...as usual dia sgt kakak2..garang pulak tu. Esp kalau dia start men cikgu2..abesla murid khayalan dia asek kena marah...aku perati je dr jauh. Xde kuasa aku nak melayan..kang x masal aku dipaksa panggil dia teacher mimi..teacher nur..arghh..tidak..dulu dia selalu paksa adik dia main skli, smjak si kenit tu mengganas..trus xnak ajak. Ko gile ajak otomen men cikgu2...??

my dania

*nangesss

Dania ni mcm dak2 pompuan len la..suke men ckgu2, msk2, mekap2...kemain bz usung kulu kilir buku..bz sungguh..mane nak pgg beg..nak jwb kol..pfftt..xpe..jgn kaco aku sudah..last 2 weeks dia suh bli swimming suit baru..punye lah pyh nk tepati citarasa..x nak zip..xnak spenda..nak yg pjg mcm scuba suit..last2 nak yg muslimah swimwear ada tudung tu..tp tdg x nak pakai la..simpan kat umah je..padahal mcm la kelas renang kau tu ari2..setiap jumaat je pon..ntah men selam2 je..keh3..xpe la..lyn je la..bersopan anak aku..nmpak sgt menurun prangai aku..sopan santun walau di kolam renang..

*krik krik krik (cengkerik berbunyi girang)

Ok. tu je la aku nk cerita. Sblm aku menulis tanpa arah tujuan ni, baik aku tamatkan. Rasa mcm nk citer pasal mimpi aku..tp malas..next entry la. 

kalau anak jantan dgn otomen, anak pompuan dgn girlish thing nya..

Walau apepon, kamu berdua pelengkap hidupku (tetiba nak emosi dah kenapa??)

Ya. Ummi sayang kamu!

Sebagai penutup, terimalah lagu ini sebagai pembakar semangat. Hari2 dengar sedak jugek, trus semangat membara mahu hapuskan resaksa. Mikhail, ummi syak...ko mesti mempunyai cita2 utk mjadi slh seorang anggota GUTS.

Friday, March 1, 2013

Sol..sol..sol..Seoul Garden

Nmpk sol saja sudah tahu ianya ibu negara mana bukan? Ini cerita mgu bile entah. kami telah berjaya memakan di situ tanpa batasan. Tekak aku ni bukanlah bercirikan antarabangsa sangat..aku bertekak kampungan saje...sushi2 sume x tertelan..kembang tekak...tp korean food ni boleh tahan jugek..tekak aku boleh terima..sedak jugek...(tekak sgt x berdaya saing)

aku g 3 org..kwn seperjuangan yg mahu rasakan sndri ber"bbq" ala korea..ye la...nk g korea mmg xmampu..mampu berangan sahaja...kami g waktu lunch. its buffet style..yakni mkn smpi sluor ko rasa ketat..kalau ketat, bukak sikit butang..suke ati la nk tala byk mana...namun harus di ingat..di ingat...di ingat (echo sgt??)...kalau x abes, ko kena bayau blik tahu?? kire kena amek sikit2..da abes amek lg..dan lg..dan lg..selagi terdaya..jgn la tamak haloba sgt..amek bebanyak..pastu x abes..kan da membazir..amalan syaitonirrojim tuh...so, kami bertiga yg sah2 tidak punya student card ini..harga lunch buffet dlm 37 sorg..kalau uols student rege lg murah la..kalau dinner mahal sikit...

rambang mata mahu mulakan yg mana. owh..dia punye soup/broth korg boleh pilih memana..utk pertama kali ini, jgn cuba cabar diri sgt sgn memilih sup yg hengko sndri pon xtau apa rsanya. maka ambil langkah keselamatan, pilih sj tomyam..keh3..kalau tekak ko sgt berdaya saing dgn makanan antarabangsa, boleh pilih abalone..kimchi soup dan lain2. air da kire skli dlm rege tu. boleh refill byk kali smpi ko rs nk terkencing. tidak mengapa. sbb kt da byr sesiap kat kaunter before mkn. xpayah malu sgt berulang kali mengambil air dan makanan. mkanan sgt byk, pelbagai jenih perapan daging/ayam..seafood..sayur2..mee..dim sum..nasi pon ada..blom lg table desert..pelbagai..smpi terlupa mahu amek gambar...akibat cetusan keterujaan memasing...pfft...

dan semuanya sedak kot..bulgogi sudah pasti dicuba dahulu..beserta dgn daging perap coffee dan mcm2 lg..kalau pegi cuba sj semua...x kecewa punye..ada juge pelbagai jenis mee2 korea/ramyun..celur je dlm tomyam td..oleh sbb kami membajet korea, maka kena amek lettuce balut daging da bakor..letak kimchi sikit..pastu ngap..hey..trus rsa mcm nak "annyeong haseyo" kepada seluruh alam...kimchi tu rasa masam2 sikit..kalau mkn begitu shj mmg la muak..kena buat mcm kami..mgkin lebih terasa kekoreaannya. kat sini..ko kena makan..borak..gelak..mkn..borak...gelak..baru berbaloi...keh3..da abes mkn2 daging n sayur n ntah apa2 lg..brulah boleh tala desert..boleh buat ABC sendiri..cipta la mcamana pon...aiskrim adalah sgt sedap..tp sgt keras..tertonggeng2 aku nk kaut eskrem tu..dan secara keseluruhannya aku puas dpt mkn di sini. sos juge pelbagai tp aku manis la..aku syak ini korea campur kelantan kehape..gmbr x byk, nak tmbah keterujaan, ko boleh la gugel..entry aku mcm x byk membantu dr segi gmbr. yg pasti aku akan kembali ke sini. ye. ke breeks cafe. sblh seoul garden..utk aku cuba bibimbap pula. executive set ni murah je..ko xleh la nk men bkr..di breeks ia lebih kpd ala-carte..x sbr pula mahu ke breeks..mgu dpn la pegi..keh3...mgkin boleh pergi dgn suami..cuba bibimbap..atau myon..jjangmyun (yg fari teringin sgt) xde kot kat sini..kena g korea la kite..(berangan tanpa batasan)

mulakan dgn muka sndri yg teruja!

desert - googled
bulgogi + blackpaper + coffee 
cikjah..
cikfari brsama si tua yg teruja
gembira tanpa dpt diselindungi sehingga tangan menjadi separa entiti
licin kauu
ni executive set tu..lihat gambar shj sudah menghairahkan...
bile da abes mkn. kena la teruskan perjalanan menjamu mata. demi melengkapkan konsep pandang ke timur..semua kedai kosmetik korea kami jelajahi..dr the face, etude, hinggalah ke nature republic dan tidak ketinggalan ke daiso (jepun? tp masih menepati konsep bukan..). rasa mcm nak beli set brgan di the face demi mahukan kalender percuma berwajahkan kim hyun joong..tp naseb tdk menyebelahi. melihat kedalam wallet..tebal..tp ternyata itu hanya kertas...bank slip..yg ada hanya dua posen beserta duit syiling siam..jd kami pulang dgn senyuman berbunga di hati. mekasih rakan seperjuangan!!

Moral : CikFari dan CikJah - mission accomplished. Next is the breeks cafe ok???

Saturday, February 23, 2013

Kadang-kadang

Aku ni byk sgt kadang-kadang. Macam...kadang2 ko rasa nk terajang cpu kalau asek hang tanpa sebab. Kdg2 ko rasa nk ngalir airmata tgk gelagat budak2 dtg cbc dgn bau beserta pakej lalat. Kdg2 aku rasa mcm nk g korea bermain salji apabila 1 ekon rosak..kdg2 tu maksudnya...x selalula kan..omputeh kata sometimes..gitu..

kdg2 aku rasa muak. muak bile mendengarkan kisah politik yg berunsurkan partisan. td aku dgr ucapan2 kat event di sini, menyuruh memangkah parti sekian sekian....aku xde masalah bab tu. Dan sejujurnya aku x gemor cerita politik...dan aku xberapa nak amek peduli sgt..x peduli x bermaksud aku x mengambil tahu isu semasa langsung. menyokong sesebuah parti x bererti kau boleh mencerca parti yg lain. dan kdg2 aku rasa, sesetengah isu diperbesarkan oleh org2 yg aku syak depa sndri x usul periksa...hanya dengar2 shj...

aku x menyokong..membangkang..aku neutral. tp kalau kau tanye aku undi sape..undi adalah rahsia. jadah plak nk berkempen tanya aku nti nak undi apa. tp aku tgk rata2 org cpt sgt menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui hal sbnr. dengar 1 isu..tgk 1 siaran tv..baca 1 sokabar...trus jatuhkan hukuman. mcm aku, kalau ada isu...aku biasa akan baca dr pelbagai sumber..dr segi pembacaan, penglihatan (youtube atau siaran2 tv selain dr yg arus perdana itu), forum dan komen2 org...cukup utk pengetahuan diri sdri. xyah nak tunjuk jaguh kampung nak up-up status..komen2 x berasas..kalau komen tu bahasanya molek xpe jugek...ini...kalau aku ada kuasa..aku nak libas sesekor dgn rotan keinsafan (aku punye bhs pon boleh thn gak nak kena sebat ni).

dah tu ape tujuan aku up entry ni? xde ape..sbnrnya aku bosan je nk tgu balik ni...dan kalau la boleh aku nak bitau..tlg jgn judgemental sgt boleh takkkk....???xkira la ko belajar tinggi thp dewa ke hape..kdg2 menyampah jugek...

eh eh..nmpak sgt entry aku xde hala tuju yg sbenar. padahal nk citer pasal ucapan2 td..yg kemain beria benar mensucikan partinya...dan mende paling aku kadang2 jengkel bila isu agama di jadikan modal. aku mmg jahil, sbb aku jahil..maka aku cari sumber utk aku fahami.

as mcm aku bc 1 blog yg kondem psl produk kecantekan, pil kurus n bla2 dgn bahasa yg sgt kuang ajo..menganjingkan org..membetinakan org...fuh..xleh thn baca...certain part mmg ada kebenaran apa blogger tu tulis..tp at the certain point, perlu ke kau nak membahasakan org sedemikian rupa...and aku xyakin beliau cuba produk2 tu dulu..kau kalau nk kurus...ko lumur la losen 1tan tp pastu mkn 4tan..mane nk kurus...nk putih..ko telan rumpai laut selautan china selatan tp x reti jg kulit pon xguna..and the best part is..blogger tu tulis...dia nak cantek..amek wudhuk je....hoh.....sarkastik..tgk gmbr2 kau..tudung pon xpakai...bhsa longkang...xpayah nak bajet suci sgt lahh....

tp itulah kehidupan. cuma akal boleh tentukan. jgn taksub x tentuhala. kalau terpelajar sila guna hak miranda!

.aku.



.pelat.





.peace.


.no.


.war.


p/s : jgn judgemental ngan entry merapu luahan perasaan aku ni ye...keh3...kdg2 mcm nk mkn banana nutella pancake la plak..pffttt!!

Friday, February 8, 2013

Jom Men Masak2

Hey kawan..bosan x..bosan x? Ujan2 begini lebih molek kt berhibernasi kehape..tp sah2 la itu hanya impian semata2..maka marilah kt buat karangan bergambar. Tajuk adalah bebas. Tidak melebih 300 pth perkataan. Ok. Mari mulakan dengan cerita eksperimen memasak sy. Ye ye..sy tau...takat msk2 simple pon heboh nak bitau semua makhluk di mukabumi ni kan..tp sy xberapa nak kisah semua itu. Masakan saya berunsurkan korea...ye ye..mesti ada berkata dlm ati..x abes2 korea..korea..kpop..geli..kan sy pernah ckp..sy kuat tpengaruh..xcukup dgn drama/variety show..sy pengaruhkan diri utk memasak pula...

Korean Spicy Chicken Stew With Vegetables

Bahan2
Ayam (potong kecik2 sikit pastu gaul dgn garam+serbuk lada itam sikit)
1 or 2 biji kentang (potong dadu)
1 btg carrot (potong bulat)
1 biji bwg besau (belah 4)
1 btg daun bwg -- aku skip
1 sk bijan -- skip lg
1.5 cawan air (ala agak2 la dgn ayam ko tu, jgn byk sgt mcm nak buat sup plak)

Bahan Sos (gaul rata dlm 1 mgkuk ) :
2 sb chili paste - pkai lada blend je
2/3 biji bwg putih (cincang)
1 sb serbuk cili -- aku skip
1 sb gula
2 sb kicap
1 sk madu/sirap jagung
1 sk halia (cincang)
1 sk minyak bijan
secubit serbuk lada hitam

Caranya :
  1. Memula masuk ayam, kentang, carrot, bahan sos (yg ko dah gaul sesiap dlm mangkuk len), dan air ke dlm periuk. Gaul2 rata, pastu tutup periuk. Reneh pd api sederhana dlm 20-25 minit. 
  2. Buka penutup, lempar bwg besar. Tutup semula, bior la dlm 10 minit kot smpi kuah dia pekat.
  3. Tadaaa... da siap..if umah ko ada daun bawang or bijan..boleh la tabur as hiasan.
sebelum
selepas..mcm seram kan..tp percayalah..vocal bukan sekadar rupa..ehh???
Sepatutnya, rupa selepas tu idok la itam sgt..dia mcm merah2 sikit..sedak mkn ngan nasi panas..saje ubah2 selera sikit kan..

Ok, da alang2 tu aku bg sekali resipi kedua. Tp aku lupa nak amek gmbau. Senang je buatnye..*eh, mmg aku reti msk yg senang2 je..xpayah berlengas berlendir ketiak di dapur memasak..**

Ayam Goreng Mini Korea / Yangnyeom Tong Dak

Bahan 1
Dada Ayam (potong kecil dan perap dgn serbuk lada hitam+garam)
1 sb corn starch - tepung jagung
1/2 biji bwg besau (hiris kasar)
minyak secukupnya utk goreng ayam

Bahan 2
1 biji putih telur
4 sb corn starch - tepung jagung
1/2 sb air
(gaul semua dlm 1 mgkuk)

Bahan 3 (sos)
2 sb sos tomato
2 sb madu/corn syrup
1 sb gula
1 sb bwg putih cincang
1 sk cili giling (if uols ada gochujang chili paste lg bagus)
1 sk mayonis
1 sk bijan -- aku xde
1/2 sk minyak bijan
secubit serbuk lada itam
(gaul je semua dlm 1 mgkuk)

Cara-cara :
  1. tabur tepung jagung kat ayam yg da perap td. gaul rata.
  2. msuk plak ayam tu dlm bancuhan/mgkuk bahan no 2 tu
  3. panaskan minyak, sedia utk di goreng smpi dia kekuningan...pastu angkat n toskan myk
  4. didihkan bhn sos bersama bwg besar (ala ko nak tumis sikit kai myk goreng ayam td pon xpe), pastu lempar ayam goreng td. gaul2 bg rata sekejap trus angkat
  5. siap. nak lawa ko tabur la daun bwg ke hape
If korang nk tgk gmbor/resipi dgn lebih detail boleh ke blog Julie Rosarina..aku pon cilok dr blog beliau. In future aku bcita2 nak masak bibimbap/bulgogi pulak..zzzz...ok tu je nak cerita. Slmt mencuba!!

Thursday, January 17, 2013

TiRaMisU lah sangatt

Drpd melangak xde hasil, mari tabur cerita utk tatapan diri sdri. Tajuk sgt menunjukkan riak darjah kedua..kalau riak darjah pertama ia akan bebunyi begini..Yay..Dah Berjaya Buat Tiramisu..Ko Adee?? Tu mmg bg mkn penampa kat diri sdri je la..mcm kan kau hebat sgt dpt buat tiramisu yg makan pon ko sorg je..keh3..ini masakan ala2 syok sendiri je la...

Dah2..xyah merepek2 sgt..buat tiramisu ni sbnrnya sgt mudah. Bg org yg x terer masak dan pemalas mcm aku ni pon boleh buat, kalau rajen..apetah lg kan. Lg pon, aku akan cuba bereksperimen mende2 yg aku syak aku boleh buat (senang+kos murah+sedakk)...sgt2 ciri seorang aku..aku tiru resipi asal kat blog Cahaya Cinta Ku. If korang nak lebih details dan rupa paras yg menggiurkan sila la ke blog beliau. Pasti teruja i tell yu. Kat bwh versi x semenggah aku : 

Bahan2 :
Kek sponge/chiffon (korg nak kai ladyfingers ke hape biskut utk tiramisu pon boleh)
Cream cheese -200g
Whipping cream - 200ml
Serbuk Koko
Esen vanila - 1 sudu teh
Gula kastor - 1/2 cawan
Nescafe - 1 sudu teh (bancuh ngan 1/2 cwn air)

serbuk koko + esen vanila
kek chiffon (aku bantai pandan sbb tu je ada) + cream cheese+ whipping cream 200+ gula (xde dlm pics)
ko lempau je cream cheese
masuk whipping cream+gula+esen vanila...pastu mix sebati smpai likat..senang kan
air bancuhan nescafe..mula2 ko bancuh la dlm gelas, pastu letak dlm piring sbb senang nak tekap2 kek mcm kat bwh ni
tepek2 depan blkg kejap..pastu terus masuk dlm gelas/bekas
maklum 1st time buat mmg x senonoh..memula ko letak kek yg dicelup nescafe kat bawah, pastu letak cream cheese yg kt da putar td, pastu ko tapis serbuk koko..ulang step tu..ikut suka ati bape lapis nak buat

dr pandangan atas begini la
da siap ko tutup balut la dgn wrapping food tu..lempar dlm esbok..kejap pastu da bleh mkn..walau rupe x semenggah..tp sedakk..percayalah..x pecaya sila korng buat sdri..kalau yg jenih xsuke cheese tu maybe korg akan rasa muak kot..tekak aku ok je..keh3..

Ok tu desert la kan, sesambil tu aku tabur main course (kemain nak sebut main course segala) plak..mkn nasi ritu lauk simple2 je...ni kalau mak baca blog aku, mesti bangga aku da pndai masak sikit2...dulu ms anak dara..aku mmg mls je nk belaja masak, aku rela hadap majalah ujang siang malam..kalau ada exam, konpem 4flat la..pfft

kerabu udang+kacang boto

ayam panggang
ikan kukus goreng rangup (ok aku tipu bab rangup, ayat sbnr adalah garing)
gulai lemak cili api daging (xyah nak salai sgtlahh) dan kentang
Tu menu mkn mlm ritu. Ada lg side dish utk asben aku tu..yakni petai + lada jeruk. Pinsan kan..dah lepas tala nasik, harammmm x jamah tiramisu aku..acaner tuh?Aku mkn sorg2..ala2 syok sndiri smbil memuji...boleh thn rasa dia (menepuk bahu sndiri...syabass..)

Ok. Dah tu je. Jam pon da dekat pukul 6, aku pon da nak balik. Kalau ko rasa aku riak tunjuk kebolehan diri yg x seberapa ni, aku xde hal..tu masalah korg. Kih3..over sgt dah ni...okbai..hehe :)

Thursday, January 3, 2013

Pengaruh Diri Sendiri

Kalau harapkan sesuatu yg berfaedah dari pembacaan ini, sila berhenti disini. Ini bukanlah blog ilmiah apetah lg memberi ilmu...ini adalah salah 1 cara utk "kill time" smntra nak tgu kul 6. Ni sblm teruskan, ingin sy tegaskan..sy nak cerita pasal korea..kpop..dan sebagainya. Kalau anda anti-kpop..pon dipersilakan utk berhenti disini. Ya disini.

Slps baca entry FL ritu, aku sbnarnya rasa mcm beliau jugak 1 ketika dahulu. Aku bencikan ahli2 kpop yg muka nak kena jambu, kulit da konpem licin bak seramik, pakai lipgloss (lelaki), pakaian berwarna-warni, menari serentak dgn pelbagai aksi comel menyeret kaki...ya..sgt memualkan. Tapi bila lelama aku pengaruh diri sdri tgk Kpop Inkigayo..ternyata x semua itu menjengkelkan. Ada je yg best2..xperlu menari senada seirama pon..cam boyband FT Island or CNBlue..aku sukekan mereka...kih3..awak x suka..awak punye pasal..miahaha..ala superjunior, bigbang, beast, tvxq kehape tu pon best je kot bg aku...

CNBlue...itteww sukeww sgt...auww..seharian tgk live konsert depa pon tidak mengapa


FT Island
 
ok...cukupla pasal kpop idol...aku masuk bab drama depa plak. dulu before ada one hd kat astro...aku last layan cite korea ialah cite fullhouse kot..pastu da ada one, dr 1 drama ke 1 drama aku layan. sedak jugekkk...dia xde la meleret2 sgt..ya ya..aku tau la..mostly cite dia lelaki mesti bajet memula sombong tp ensem..pompuan plak mesti clumsy2 xbape senonoh tp lawa..pastu byk la moment2 sweet yg hanya ada dlm tv shj..tp x di dunia nyata kan..tp ada jugek cite dia yg beri semnagat mcm when tommorow comes..and byk lg. ok, aku bukan nk citer pasal drama2 yg kat one tu tp since aku mcm minat sgt kat lee min ho thp mimpi2 dlm drama faith-the great doctor + city hunter...aku baru tau dia pelakon BOF (boys over flower)..trus la aku g carik cd sbb cite tu thn 2009..pastu bertambah2 la aku minat kat beliau, donlod cite Personal Taste plak..sumpah sedakkkkk!!! Lg sorang aku suke 2nd hero bof tu, kim hyun joong..alala..sukeyeww lahaiii --ni kalau korg benci, cacimaki sj diriku--

best..lagu pon sume best..
dlm ni min ho more manly..sukew ngat2..pfttt
skrg aku cite pasal variety tv show plak...and aku rs mostly suke Running Man kot..sgt kelaka dan best..mls nk citer pjg, if korang suke..boleh donlod kat internet..best game show ever...other than that aku suke jugek strong heart+star king+kpop star+invicible youth,etc..and ranc keta top gear korea (kix hd) n few ranc makan2 like tasty food kat food channel kehapetah..eh kdg2 punyelah saiko..aku boleh tgk berita kat kbs..xphm pon..ape motif aku tgk pon xtau...
sgt best n kelakar..sila pengaruh diri memasing skrg!!!
erm lagi ape yg aku suke?? ok..punyelah terpengaruh tgk kemahen sedak org2 korea ni mkn..aku tlh mncuba 2 resipi korea yg aku rasa boleh kena dgn tekak aku..nati aku cite di len entry. aku aim nk mkn bakor2 (bbq) kat seoul garden tu..kat mp ada..nti akan diterjah..ye laaaaahh...kasik can lah...nak g korea mmg xkan mampu la kan...feeling2 sikit xbleh ke...verangan bukan kena bayau pon kan...

Ok. Tu je nak cakap. Kroih..zzzzzzzzzzzz..annyeonggggg!!!!