Saturday, March 28, 2009

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ)

koleksi antik zaman mudo2 haha


(Sekadar gambar hiasan - penambah seri blog aku huhu)



Tadi dlm keta pasang mp3..lagu2 cranberries...lgu "ZOMBIE"..teringat zaman den mudo2 dulu hehe..zaman2 jahiliyah (xde ar jahil sgt k)...time kengkawan masih lagik kurus..zaman memakai Levi's bersama2..makan dengan hebat di kedai tokong..ponteng TITAS..ponteng kelas mmgsatu kewajipan bg kami haha (kecuali Shaf-dia sgt rajin ok..kami suh dia je sign kan-no wonder dia jd cikgu skrg ehehe)..berkaraoke dgn jayanya di Summit (time xde duit) & kat Ampang (time kaye)...lagu penghabisan haruslah lagu ini..yang dinyanyi dan disumbangkan oleh kami berlima..hepi jek waktu tu..wpun ade exam ke..thesis ke..pedulik...bile "fun" kitorg dah merah (rujuk kpd permainan "Sim House")..haruslah pegi bergumbira di mana2..g Hard Rock semate2 utk tgk SO7 (sheila on 7) yg tgh top meletup gitu..beli kaset bagai...nyanyi dlm keta...layan kat HRC with Jaja & frens..best sgt (wpun Ida tiada perasan haha)..pegi mkn kat Mc D Bangsar...smpi wosak r tape tu kirenyer..penah la konon wat assignment kat A&W PJ la..padahal melantak jek lebih..pastu beratur dgn hebatnya di pintu Planet semate2 utk live show Peterpan...dihimpit mat2 indon yang kepam..namun kami kempiskan jua idung ini...bersesak2 bagai nak mati di Stadium Negara time Peterpan dtg...wpun hujan...kami redahi..lalala..gile argh...sronoknyer..kalau dah buhsan..mesti g Hartamas..mkn kat devis'..wpun mahal..lantak ar..minum teh tarik ngan roti canai pun da kire ok ar..lgpun ada ramai artis huhu..bleh gossip..penah smbut buffday dada kat situ..ape lagik eh??Satu tempat kemstian ialah Mid valley..ye la dekat ngan UM n Vista kan..erm...best jek...byk ag perkara2 lagha yg kami buat (tidak menyalahi undang2 dan agama ye)...
Erm..skrg masa dah berubah..masing pun da berubah seswai ngan umur..memasing da jd ibu n bakal ibu..papepun, guys...i miss our fun time together...ble nak gathering nie weh????

Saya mengantuk...Premonition



Erm...petang ni saya rase sungguh mengantuk dan buhsan dan malas...saya mengambil tindakan drastik untuk merapu disini. Sambil melayani lagu jiwang kapak + rock kangkang + tangkap cintan 2 + zaman 90-an yang mendayu-dayu...emanmbahkan lagik kemengantukan bijik mata saya. Bukan saya yang pasang lagu tersebut, tetapi pelanggan saya di CBC ini. CBC tu ape? CBC tu singkatan daripada Community Broadband Centre, sila klik sini untuk mendapatkan maklumat. Malas nak cite pasal CBC...tgk jek portal tu n kalau dekat2 area alor gajah tu sila la datang ye huhu. Ape nak cerita??Cerita pasal emo?
Erm..beberapa hari yg lepas sy menonton cite Premonition di astro..sandra buulock yg berlakon..cite pasal kehidupan suami isteri n 2 org anak pompuan yg sgt bahagia..tetibe dikejutkan dengan kematian si suami akibat eksiden ngan treller. Susah nak explain (sebenornyer mls nak taip) kat sini, so..leh layan sendiri kalau bermnat. Kalau x minat..suke hati korang la kan. Si isteri tu sgt3 tertekan la...pastu tiba2 dia bangun...asben dia ada ag...soknyer..asben da mati..another day..asben dia idup...dia musykil...dipendekkan cerita, dia jumpe father...pastu father tu ckp...dia mengalami balsmahdgagdad (bahasa saintifik bagi sindrom org yg dapat tau masa depan - sy x ingt nama yg panjang berbelit bagai itu-harap maaf ye). father tu ada bacekan ade kes2 yg pernah ditulis oleh sejarah pasal sindrom tu..salah 1 nyer-berlaku on early 20th century..seorg bape dpt lihat kejadian ms depan pasal 2 org anak dia yg mati akibat influenza..waktu tu blum ada vaksin ag...dia dpt lihat kubur anak dia..padahal mende x jadik ag..oleh sebab dia xmo anak dia terseksa, dia bunuh sdiri anak dia. Pastu ble doctor check anak tu, diorg x penah dijangkiti pun. Dia sgt2 menyesal...then bunuh diri. Kes2 mcm tu berlaku pada org yg tiada pegangan agama bak kate father didalam cerita itu. So, dia nasihatkan si sandra bullock tu tadik..berjuanglah demi orang yg dikasihi...kasih sayang..dan dia pesan, setiap hari kita bangun dari tido adalah satu keajaiban..dan perlu bersyukur bahawa kt idup ag. Berbalik pada kisah suami dia...walaupun bahagia n sgt sayang pada isteri n anak2..tp dia cam ade perasaan utk berlaku curang dgn asst baru kat opis dia...digoda tanpa sedar oleg asst tersebut. Dan sepatutnya asben+asst gedik itu berada di satu tmpt lain utk tujuan kerja...asst gedik tu dh tepon asben dia ckp dia tggu dlm bilik hotel yg cantik..tp half way kat km220, suami dia tepon wife dia..bitau dia syg sgt kat wife dia...then dia bitau asst gedik perasan nak "kongkek" tu yg dia x jadik...dia x akan buat coz dia da ada family. Si sandra bullock ni da tau coz dia dpt tau ms depan kan...patut asben dia mati kat km220 ari rabu...so..dgn susah payah..dia kejar suami dia...supaya jgn lalu situ n turn around. Smabil tu diorg masing2 ckp sayang each other. Keta wife dia kat belakang, asben kat depan...tp dipendekkan cerita yg saspen..dtg treller panjang xdan brek langgar asben dia..n meletup keta tu. Exactly same mcm berita yg dia dpt sblm ni. Walaupun dia dah berjuang utk org yg dikasihinya, tp dia tetap xleh lawan takdir. Akhir cerita nie agak confuse coz...sandra bullock terbaring atas katil..dgn baju lawa..pastu anak2 dia ckp lori nak angkut brg pindah da smpai. Dia nak pindah dari umah tu (ekceli umah tu asben dia yg adiahkan)...ble dia bangun..dia pegang perut memboyot (peknen la...bukan gumuk obesiti ye)..."Evrytime u woke up in the morning is a miracle..."...tamat.

Kesimpulan : xdapat nak simpul..anak siapakah itu?anak dia ngan asben dia ke..means asben dia mati tetapi meninggalkan benih huhu..atau bersama lelaki lain..atau bersama polis yg datang membawa khabar buruk itu..atau??LU PIKIRLAH SENDIRI.....

Moral of the story is : dun u ever cheat ur wife..ha..kan dah eksiden....huhu...

Thursday, March 26, 2009

Rahsia Cemburu Wanita

Ramai lelaki tidak faham kenapa wanita selalu cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.

Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.

Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.

Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.

Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

  • 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.

Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

  • 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

  • 3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.

Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

  • 4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

  • 5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.

Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Dicilok dengan jayanya disini

Thursday, March 19, 2009

Siri Emo - Part II

SEPI -by Yuni Shara
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
p/s : lagu ni dah lame aku suke. esp time yuni shara nyanyi penuh emosi siap nangis ag..aku pun suke..aku mmg suke sume lg indon(kecuali dangdut ok)..pstu dengar Isma AF 7 nyayi...so, aku yg dok tgh emo nie..tgkap lentok lyn lagu nie..tah pape..sumenyer terpengaruh ngan af7...x pepasal..saiko...(sila abaikan perasaan sy yg tidak menentu..sy akan pulih stelah hormon kembali normal..lalalala

I've been thinking a lot lately..

urm...yup really..i've been thinking a lot..about life..love..lover..faith..unfaithfull..trust..loyalty..circle of trust..hurt..been hurted..cheat..patient..sucks!!!emo x tentu pasal...hormon x menetu...dont bother me!!
Jika ku tak bangun esok pagi by Yusry
Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai
Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena
Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup
Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi
Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi

Tuesday, March 17, 2009

Suami & Isteri

Untuk suami.. renungkanlah. ..

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah pun
tidak setabah Fatimah
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita citamenjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu
kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun
kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok
berhatilah meluruskannya. .
Pernikahan atau perkawinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...
Untuk isteri.. renungkanlah. ..

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia
Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyubatau
pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang
sabarlah memperingatkannya. .
Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...

Sakit Mate

Uuuu..lamenyer x apdet blog..bz n xde ms n malas..adoiyai..sakit mate pulak..berdonyut2 mato den ni ha..jangkit dari Nia la nie..dia da baik..ummi lak jgkit..lps nie mesti abah lak..mc la jawabnyer..ms nia sakit mate (jgkit dr skolah dia la), rileks jek..wat2 cam xde pape berlaku..cuma slalu genyeh2..tonyoh2 mate..n part paling seksa is..time nak titis ubat dlm mate..msti nia ttp mate ngan tngan coz xmo letak ubat...tp, alhamdulillah..da baek pun..ummi plak..so, cube nia isi ubat dlm mate ummi lak..leh x???


wpun sakit mate (sila fokus matenyer yg sepet), nakal tetap nakal!


idea baru..memasukkan btg senduk permainan ke dlm lubang idung (sila jgn tiru perbuatan beliau dirumah anda!!)

sgt3 manja ngan abah..muke dah la same..copy & paste(ctrl-c & ctrl-v)!!