Ahad adalah keje. Sesambil nak siapkan report/isi nama dlm sistem bagai...sesambil tu gua carik la mende2 berfaedah utk halwa telinga. Smlm gua da lyn smpai lebam lgu bulan ditutup awan by yuna. Arini memula nk dgr lagu ariel ptrpan utk luna. Pastu dgr plak ceramah ustaz yg mcm gua tepek ni kat bwh ni. Ya. Gua mmg peminat tegar peterpan. Ms gua muda2+jahiliyah dulu, gua n kwn2 sggup bsesak2 ke planet hollywood dan juga stadium merdeka semata2 nak tgk konsert mereka. Sesak dan kepam dan pling tegar tgk konsert dlm hujan. Ko mampu?
Tp bila gua sebut psl ariel peterpan, jgn la lu org pk psl video porn dia plak. Ya. Itu dah silap dia. Dan gua bkn nak cerita pasal video tu. Gua xde hak utk hukum dia disini. Dia pon da kena hukuman didunia dgn pnjara..and selebihnya biarlah dia dan Allah shj yg tahu. Gua nk share psl video kat bawah ni. Mmg kelakar cara ustaz ni ceramah. Kelakar yet berilmu. Part 1 kelakar nk mamss..tp part 2 gua da menangis meleleh2 sorg diri dlm blik trening ni ha. Sbb gua teringat kat arwah abah gua. Oowh lupa nak ckp, ceramah tu tajuk dia AYAH DAN ANAK...betapa gua gase saat ini, nak peluk..nak cium..nak mintak ampun n maaf sepuas2nya abah gua...tapi..tu la..bak kata org, bile kt dah kehilangan bru kt rasa nak buat sume tu. Apa yg ustaz ckp dlm ceramah tu ada betei nyer, kdg2 kt ngan bapak ni x sefahaman, x sependapat..as gua rasa arwah abah sgt kongkong kehidupan gua dulu. Dan gua selalu memberontak dlm jiwa. Tp bila da besau2, gua sedau..kalau abah gua x buat gitu, mgkin gua da x jd org kehape..dan gua ngis sungguh2 bila tgk video yg part2 tu.
Ada 1 perasaan yg gua x geti nak describe...camner ek..cam meruntun2..merobek2 jauhhhhh dlm dsr hati gua...yg gua sgt merindukan ABAH....gua gase nakkkkk sgt jumpa abah gua disaat dia sblm sakit. Sbb ms abah meninggal dia dlm keadaan koma...diammm..dan gua adalah anak paling last balik utk jumpa abah. Malam jumaat tu gua smpi ICU, gua hanya tgk wayar2 sekeliling...gua mcm bodo xtau nak buat ape. Gua hanya usap n cium abah yg terbaring sambil disokong alat pernafasan sambil memohon ampun n maaf. Perasaan gua waktu adalah kosong. Dan pagi2 slps subuh di pg jumaat itu, abah disahkan meninggal. Dan hingga ke saat ini, gua adalah satu2nya anak yg masih x snggup utk pergi ke kubur arwah abah. Walau waktu raya ke ape. Hati gua xkuat. Gua hanya pergi kubur ms utk kebumikan arwah. Itu pertama dan terakhir (buat masa ini). Semoga ati gua kuat utk pergi ke pusara abah suatu hari nanti. Dan di setiap solat gua, gua x putus2 berdoa spya arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...dan gua mohon agar Allah temukan gua dan abah utk seketika walau dalam mimpi.
Gua dah xleh x cerita pjg. Mata sudah bergenang, nafas sudah sesak..dada sudah sakit. Lu org yg masih punya ibubapa, sygilah mereka smntra mereka masih boleh bercakap, masih sihat dan masih bernyawa. Kerana kehilangan itu adalah satu perkara yg amat memeritkan. ya. kehilangan org yg sgt disayangi. mmg mahaperit.
Moral : Semoga Allah tempatkan arwah abah dan wan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.
1 comment:
dulu mmg selalu tgk ustaz ni ceramah kt astro pelangi ke bintang.. mmg bagus dan sgt menginsafkan.. thanks for sharing it again..
Post a Comment