Moral of the story : Aaa..xde ape. Dialog yang "italic" itu adalah khayalan penulis semata-mata. Jangan terpengaruh dengan beliau, kerana anak beliau belom pandai berkata-kata seperti itu. Harap maklum.
Thursday, April 23, 2009
Tempat berkubang lagikan dikenang....
Moral of the story : Aaa..xde ape. Dialog yang "italic" itu adalah khayalan penulis semata-mata. Jangan terpengaruh dengan beliau, kerana anak beliau belom pandai berkata-kata seperti itu. Harap maklum.
Pantai Berbisik
dania suke wat muncung
nes o es + kopi o es
nasi campur (msk lemak ikan tenggiri/kangkung goreng) + mee kari
Moral of the story : Zoom Malaysia, banyak untuk dilawati...banyak untuk diterokai. Sila luangkan waktu anda yang sibuk itu bersama keluarga tercinta demi memupukkan kasih sayang yg berpanjangan serta sebagai memori di dalam kepala otak masing2. Sambil2 tu, adalah 1 bonus untuk para isteri tidak memasak tengahari kerana kebuntuan idea untuk memasak ape pada hari tersebut. Sekian, terima kasih.
Monday, April 13, 2009
Pergilah Wahai Penghuni Syurga - Aqil
Wednesday, April 1, 2009
Antu Jemalang??
ini antu pocong..bukan poco-poco!!
Erm...uu..ngantuk sokmo ptg2 gini..wat kopok gete pun sedak gok nih(sila baca dlm slang t'ganu ok)..huhu...ape nak cerita..owh, tadi ade kontraktor nak pasang tiang signboard kat CBC ni..pastu bermula la satu perbualan antara saya dan beliau(seorang anak muda, memakai spek mate itam yg di letak di atas kepala, memakai uniform berwarna biru tua, muke agak kepam cam baru bgn tido) :
Beliau : Kak, tau x kat melaka ni ada 2 site berhantu??
Saya : Aaa???Berhantu??
Beliau : A'ah...budak2 kontraktor ni la yang ckp..diorg kan tido site utk wiring n siapkan sume b4 akak masuk keje..
Saya : Oooyeke..takutnyer...site sy ke?
Beliau : Bukan...saya x ingt la nama site tu
(saya mula berfikir, betul ke x ingt..tah2 site sy..tp sj nak jg ati - ye la sy dh mule wat muke cuak)
Saya : Erm..CBC Melekek ke??Site tu mmg tepi depan belakang bawah..sume kubur...;agi satu mane eh?
Beliau : Tah...x ingt..tp salah 1 kat depan ada skolah
Saya : Yeke..uu...seremnyer...
Beliau : Tp bukan site sini la....jgn takut
Saya : Alhamdulillah...
Ok..cukupla perbualan antara saya dan beliau (sape name,umur alamat dia sy tidak tahu).
Hantu...semua orang takut hantu (ok maaf, x sume org...saya tergolong dlm golongan yg takut2 berani ok)..satu jelmaan syaitan ke dalam bentuk yg dipanggil pocong,pontianak harum sundal malam dan macam2 name lagik. Kt x akan nampak bentuk syaitan mcmane, sume yg kt nampak adalah jelmaan kepada rupe bentuk tersebut samada menjadi antu jemalang atau hewan jelmaan. Dan transformasi (wah x tahan cam AF7 lak), mengambil ms beratus2 tahun. Saya pernah berhadapan ngan situasi bersama makhluk halus....uu..ngerinyer bunyik..dah macam Seekers lak...
Dolu, masa sy muda2..darjah bape eh..darjah 4 kot..sy penah mengalaminya. Masa tu sy pulang dr mengaji Al-Quran dr umah yg tukang ajau sy mengaji la...lps maghrib saya pegi ngaji...lps tu dlm kul 8 lebey gitu dah siap turn..balik ar apelagi kan...xkan nak berumahtangga lak kat situ..kui3..padahal umah tukang ajau tu dpan umah saya sahaja je. Dalam tujuh belas langkah mungkin sudah sampai ke pintu rumah saya. Saya pulang bersama seorang kakak senior benama Kak Ros(rumah beliau besebelahan rumah saya sahaja)..di pertengahan jalan mungkin dalam langkah yang ke 8.5, saya terpandang satu asap/kabus diseberang jalan lebih kurang 50 langkah dr tempat langkahan kami-berupa 2 jisim berwarna putih dan telus cahaya - juga 2 orang same ketinggian kami berdua (saya adalah pendek). Objek tanpa jisim itu tegak seolah-olah memandang ke arah kami..walaupun tiada rupe paras..tp ukur lilit objek atau entiti tersebut cukup membuatkan lutut kami bergetar dan tetiba pundi kencing terasa sangat padat. Perimeter jisim entiti bukan berbentuk poligon apatah segitiga - bukan bentuk mudah untuk mencari Teorem Pitagoras (ape aku merepek ni). Perimeter "Pocong"...serem...saya buat2 tanye Kak Ros "Akak, nampak tak tepi sane tu...ape eh??"...tanpa menjawab pertanyaan saya, Kak Ros merentap tangan saya dan berlari secara pecut 100km/j sehingga terlajak ke belakang rumah. Apekejadahnyer..padahal saya harus melangkah lebih kurang 8.5 langkahan sahaja lagi untuk smpai. Dalam larian yg terasa amat jauh itu, saya menjerit menyuruh emak membuka pintu. Ok, tadik dah terlajak kan, saya undur balik ke hadapan sambil mengetuk pintu..adoiyai..apo sumo pintu besi..kunci bagai....org dah la takut tahap polis angkasa gaban ni (ngomel saya sndirian). Emak dan Wan saya tanya kenapa lari balik umah mcm nampak hantu jek...sy pun menceritakan..mmg sy nampak!!Betul mak org nmpak..x caye tanye Kak Ros sebelah(sy xtau situasi beliau dirumah ketika itu). Mak saya cakap..mane ade hantu..bayang2 je tu..emak mmberikan saya semangat untuk tidak memberikan alasan untuk ponteng kelas mengaji keesokan hari. Saya cakap betul mak, hantu tu..hantu kan biase kluar mghrib dlm kul 7.18pm ke..tp dia kuar lpas mghrib lak...Sudahnya, keesokan hari saya paksa Wan saya tunggu diluar rumah smpai saya balik. Sila perhatikan saya dari jarak jauh ok...
Jadi, itulah pengalaman yang menakutkan saya - berkaitan entiti tanpa jisim tu la. Saya ni jenis yang takut2 berani...takut banyak berani sedikit. Kadang2 saya suke menakutkan diri sdiri jugak haha...Sepatutnya kite hanya perlu takut kepadaNYA..bukan kepada benda2 lain. Padahal kt semua adalah makhluk Allah, jadi papepun kalau takut baca ayat2 suci Al-Quran sebagai pendinding. Sila pergi kelas mengaji AL-Quran ok..dan khatam dengan segera!!
Moral of the story : Antu jemalang adalah makhluk Tuhan paling seksi (eh..eh..wat lawak lak..kena cekik tengkuk tu kang)..kt semua adalah makhluk Allah dan hidup bersama di dunia ini. Cuma antara boleh nampak...dengan x boleh nampak. Yang pasti tidak perlu takut kepada beliau, yang perlu kita takuti adalah Allah sahaja. Taati lah perintah ALLAH..(zue, sila pergi solat sekarang ye..ingt perintah Allah!!)
Saturday, March 28, 2009
Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ)
koleksi antik zaman mudo2 haha
Erm..skrg masa dah berubah..masing pun da berubah seswai ngan umur..memasing da jd ibu n bakal ibu..papepun, guys...i miss our fun time together...ble nak gathering nie weh????
Saya mengantuk...Premonition
Erm..beberapa hari yg lepas sy menonton cite Premonition di astro..sandra buulock yg berlakon..cite pasal kehidupan suami isteri n 2 org anak pompuan yg sgt bahagia..tetibe dikejutkan dengan kematian si suami akibat eksiden ngan treller. Susah nak explain (sebenornyer mls nak taip) kat sini, so..leh layan sendiri kalau bermnat. Kalau x minat..suke hati korang la kan. Si isteri tu sgt3 tertekan la...pastu tiba2 dia bangun...asben dia ada ag...soknyer..asben da mati..another day..asben dia idup...dia musykil...dipendekkan cerita, dia jumpe father...pastu father tu ckp...dia mengalami balsmahdgagdad (bahasa saintifik bagi sindrom org yg dapat tau masa depan - sy x ingt nama yg panjang berbelit bagai itu-harap maaf ye). father tu ada bacekan ade kes2 yg pernah ditulis oleh sejarah pasal sindrom tu..salah 1 nyer-berlaku on early 20th century..seorg bape dpt lihat kejadian ms depan pasal 2 org anak dia yg mati akibat influenza..waktu tu blum ada vaksin ag...dia dpt lihat kubur anak dia..padahal mende x jadik ag..oleh sebab dia xmo anak dia terseksa, dia bunuh sdiri anak dia. Pastu ble doctor check anak tu, diorg x penah dijangkiti pun. Dia sgt2 menyesal...then bunuh diri. Kes2 mcm tu berlaku pada org yg tiada pegangan agama bak kate father didalam cerita itu. So, dia nasihatkan si sandra bullock tu tadik..berjuanglah demi orang yg dikasihi...kasih sayang..dan dia pesan, setiap hari kita bangun dari tido adalah satu keajaiban..dan perlu bersyukur bahawa kt idup ag. Berbalik pada kisah suami dia...walaupun bahagia n sgt sayang pada isteri n anak2..tp dia cam ade perasaan utk berlaku curang dgn asst baru kat opis dia...digoda tanpa sedar oleg asst tersebut. Dan sepatutnya asben+asst gedik itu berada di satu tmpt lain utk tujuan kerja...asst gedik tu dh tepon asben dia ckp dia tggu dlm bilik hotel yg cantik..tp half way kat km220, suami dia tepon wife dia..bitau dia syg sgt kat wife dia...then dia bitau asst gedik perasan nak "kongkek" tu yg dia x jadik...dia x akan buat coz dia da ada family. Si sandra bullock ni da tau coz dia dpt tau ms depan kan...patut asben dia mati kat km220 ari rabu...so..dgn susah payah..dia kejar suami dia...supaya jgn lalu situ n turn around. Smabil tu diorg masing2 ckp sayang each other. Keta wife dia kat belakang, asben kat depan...tp dipendekkan cerita yg saspen..dtg treller panjang xdan brek langgar asben dia..n meletup keta tu. Exactly same mcm berita yg dia dpt sblm ni. Walaupun dia dah berjuang utk org yg dikasihinya, tp dia tetap xleh lawan takdir. Akhir cerita nie agak confuse coz...sandra bullock terbaring atas katil..dgn baju lawa..pastu anak2 dia ckp lori nak angkut brg pindah da smpai. Dia nak pindah dari umah tu (ekceli umah tu asben dia yg adiahkan)...ble dia bangun..dia pegang perut memboyot (peknen la...bukan gumuk obesiti ye)..."Evrytime u woke up in the morning is a miracle..."...tamat.
Kesimpulan : xdapat nak simpul..anak siapakah itu?anak dia ngan asben dia ke..means asben dia mati tetapi meninggalkan benih huhu..atau bersama lelaki lain..atau bersama polis yg datang membawa khabar buruk itu..atau??LU PIKIRLAH SENDIRI.....
Moral of the story is : dun u ever cheat ur wife..ha..kan dah eksiden....huhu...
Thursday, March 26, 2009
Rahsia Cemburu Wanita
Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.
Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.
Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.
Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.
Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.
Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?
Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:
- 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.
Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.
- 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.
- 3. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.
- 4. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.
- 5. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.
Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.
Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.
Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.
Dicilok dengan jayanya disini



