Saturday, March 13, 2010

Mari Berendam bersama Mak Buyung

Oke...last week g Bukit Gambang Resort City...saje bawak nia men2 air. Plan asal yg somi nak bwk sy g Colmar Tropicale, Bukit Tinggi...tp disebabkan sy cam xlarat..pegi dekat2 je la. Tp, sy akan tuntut itu slps bersalin kelak huahaha. oke, bwk la adik2 n anak buah g skali supaya leh tlg jaga dania tu skali. Wlau bukan time coti skolah, manusia agak ramai la jugak...dr dlm keta dania mmg da gedik2 teruja nmpak waterpark tu...dia ckp.."ye..ye..nak men aman (taman)"....dah siap membayau ape yg patut...masuk le dlm tu. Melompat2 kegirangan anak dara sy...tp setelah dia tau itu adalah waterpark..yakni harus membasahkan diri...dia trus xmo men air. "Nanak ummi, nti bashah...nanak..jom alik"....lahaiii...mmg la men air kena basah2..puas la pujuk...dia ttp xmo. Dolu, ms g Sunway Lagoon..kemain gedik men stok smpai kecut xmo balik...kali ni len plak perangainya...sudahnya, biaukan je la adik2 n anak buah men smpai kecut segala benda. Lantak korg la nak menghitamkan diri. Sy n somi melayan je la anak dara yg tetiba nak susu la, nak eskrim la, last skali dia tido...apekahhh???Mls nak cite pjg, hadap je pics seadanya. Mls tul nak upload.


muka teruja
ini pon same
muke2 x mndi pagi..mak buyung sgt berkerak muka..mcm bibik plak...

ini pon same

sudah mula cuak kenapa disini ada air yg byk..ini bkn tmn cam biasa ker???



ipah a.k.a mak ndak yg bajet lawa...hentikannn!!!

ca'ela, adik, dania, wawa & aqilah

berendam

berendam lg...

pujuk ajak berendam pon xmo..

ko je la berendam suami...anak xmo berendam, maknyer pulak membuyung..


budak xde perasaan....

Papepun, boleh la tahan tmpt ni. Nak kate best sgt....biasa jek...Yg penting kalau da berendam susah nak amik pics takut camera basah. Gmbau yg ada pon seadanya shj. Oke la dania, nti kt g pat len plak yer....tp lps adik ko da besau sket yer....hehe...

Moral of the story : Pastikan kecenderungan anak anda sblm mmbawa mereka ke tempat2 yg anda sangka mereka suke. Tp sebenaunya tidak.

old time when we were still cute :p

Oleh sbb buhsan..pastu buke email (padahal da lame illa kasi, arini baru buke)...illa kasik pics zmn muda2 yg bertajuk spt di atas tu la. Hoh, zmn dara yg masih cute..cute ke masalahnyer..oke la nak dibandingkan dgn skrg yg berkerak x hengat...levis pon da lama x pakai. tu zaman tgh mabuk2 ngan peterpan, rasa cam ariel peterpan tu la makhluk paling seksi dlm donia stok ko wase nak jadikan beliau kekasih hati..if x silap time ni otw nk g planet kot...papepun...really missed u ols...dada-illa-ida-me-rini

Moral of the story : Zmn tersebut sudah berlalu. Sume pon da ada life sdiri. Yg jd ustazah pon ada. Huahaha....

Friday, March 5, 2010

Hari ini hari jumaat

Hari ini Jumaat. Xde nak cerita ape, just nak ckp sgt tidak sabar untuk pulang ke kg untuk bertemu anakanda terchenta. Ooooo..cpt la kul 6..sy mau pulang ni...tu je, bye.

Saturday, February 27, 2010

Esok Hari Ahad




Esok Ahad. Ya..ahad suami akan pulang. Hati berbunga riang wpon esok adalah bekerja. Tidak mengapa, kerana sudah ada org menemani tido di kala malam bulan mengambang. Sudah ada org yg boleh diharapkan utk membuat refleksologi + menyapu minyak halia extra hot di tulang vetebrata + memasak asam pedas + teman berborak di kala kesunyian. Sudah sebulan ditinggalkan, sikit lg sy boleh bercakap dgn bola a.k.a wilson cam tom hanks dlm cite cast away. Jadi, esok sy akan senyum smbil kembang kempis lubang idung berbunga keriangan menanti kepulangan beliau. Senin nati, mgkin lubang idung sy membesar akibat peristiwa ini. Sekian, terima kasih.

Moral of the story : Kalau xde idea nak wat entry, bek toksah buat la entry camni!!!

Friday, February 19, 2010

Eh!! Tetiba....

Lagik 10 minit nak balik tetiba dgr lagu chenta kat radio...owh...teringat zmn muda2 dulu hehe..lagu yg menyatukan kami..eh, cam geli je plak nak cerita. lagu "i dont wanna miss a thing - aerosmith"...ms berchenta ngan suami, time nak baik semula. mkn kat kolej 5 UM...pastu diringi ngan lagu ni. dolu kami stay kat kolej 11 masa asasi. so, mkn mlm di kedai 5th sbb kat situ ada abg fotostet yg ensem nek motor besau ag. lgpon waktu tu tgh sebok2 cite armageddon yg thp sedih x hengat tu la...so, ble kluar je lagu ni msti teringat time tu....lame dah berlaku...ms tu memasing tgh miang nak berchenta....suh belajau, ko p berchenta. kalau x, da sah2 xyah bayau ptptn..harus convert je jd biasiswa JPA ke sbb terlalu cemerlang huahaha. Eh, ptptn da lama x bayau..apekahh???


Friday, February 12, 2010

Tora Datang Lagi.....

-di google dgn jayanya-

Tajuk entri tiada kaitan dgn cerita yg ingin disampaikan. Sengaja mengkelakarkan diri sdiri dgn harapan hati yg sdg gundah gulana menjadi ceria. Tapi hampa. X kelakar lgsung. Tidak sama sekali. Kenapa? Sebab "kerinduan" itu terjadi lagi. Kronologi kesah sedih dibulan februari :

Ptg ms miting kat Tg. Rimau, suami call nama dipanggil utk operasi lagi. Bermula dr ari ini 12.02.2010 - 28.02.2010. Oke, sgt lama. jd, terpaksa mhantar anakanda tercenta ke kg halaman lagi. Lagi. Padahal baru amik blik melaka membawa beliau ari selasa lepas. x sempat nak gomol2, bermanja bersama2 di cuti raya cina kelak. Sgt menyampahkan hati!! Kemas segala brg2, kul 8 balik kuantan. Suami ajak kwn kerana x larat nk drive balik kang. Smpai umah mama kul 11 lebey gitu. Pinggang sy sgt sakit. Trus masuk smbil baring dgn dania kesayangan hati. Rehat2, mkn nasi. Dania mata da cerah, ajak bermain segala. Xtau diri akan ditinggalkan. Kul 1 lebey kena bergerak pulang ke Melaka kerana dlm kul 6 or 7 suami nak kena g Ptrajaya plak. Saat utk tinggalkan dania sgt menyayat ati..beliau xmahu lepas dr sy. Asik nak dukung. terpaksa tipu ckp nak g berak. Kalau ckp nk g "work", beliau tahu..pejadah memalam nak g keje segala...Tahan airmata kerana malu dgn kwn suami...tetiba buat2 tido shj, padahal mata teringatkan beliau yg melalak kehairanan kenapa ditinggalkan lagi????
Smpai melaka, terus nak tdo kerana pggang semakin sakit. Tp airmata pula yg keluar laju x dpt ditahan2. Sedih mengenangkan nasib diri. Ceh...serius sedey dowh....suami cuba memujuk, x kuasa nk layan. Sedih kenangkan cuti 4 hari sendirian. Dah la destinasi operasi adalah rahsia sehingga team beliau smpai ke tmpt tujuan. Mcm la kau keje FBI..tp ptg ni td dah tau kat mane. jauh nun di utara. jgn kau pegi ke siam pulak yer suami. kang ko aku operasikan!!!
So, pg td masuk keje lmbt sket. Smpi je, huh...cikgu tadika da tanye pendrive virus segala. Ee...x dan2 kau yer, aku baru smpai ni. pastu dtg lagik yg suh wat peta segala..nak convert ke ppoint la..mcm2. smpai rase nak halau je mereka sume. org suh masuk kelas aku ajau xmo, blagak mcm kau da terer. tp hampeh!!---cukup2 sumpahkan mereka arini, pg td da segunung dosa aku memaki mereka didalam hati--
Erm..ptg ini bermula kehidupan seorang diri kembali. Buhsan. Harap2 tiada keliwon atau hantu cina mengacau sy sepanjang ketiadaan suami. Sy ni klu time berani..mmg brani la. Kang tetiba dtg rase takut...bunyi cicak pon sy ingt hantu mengajak sy bermain cak-cak. Tu blom kire bunyi kucing miang bergaduh yg sy imagine pontianak sedang melolong ke hape. Adoiyai. Harap keberanian sy berterusan. Maklum la cuti2..jiran tetangga pulang ke kg halaman wpon mereka bukan nak yam seng/mkn besar pon.
Hoh..benci...kenapalah suami kau masuk pencegah. Kan bagus ko dok bhgn it je cam dulu. Kalau ko g ksus memane pon sy leh ikut. Kalau blik lmbt pon tau ko kat opis shj. Tp, sy redha. demi mencari sesuap nasi utk kami sekeluarga...aku redha dlm paksa. dgn keadaan diri yg mengandung ini....sabarlah hati. bak kata org "syg isteri tinggal2kan, syg anak tangan2kan". eh, kalau syg perlu ke tinggalkan...pastu syg anak bleh tgn2kan...tah pape pepatah gitu. tetiba nak pertikaikan plak. oke. cukupla..penat nak taip dah.

Moral of the story : Redha je la. Xkan nak bunuh diri plak kan???Kang xpepasal masuk neraka.

Saturday, January 30, 2010

Kerinduan ini.....

Hari ini ialah Sabtu. Hari ini ialah saya bekerja. Saya sgt bosan. Bosan dan sakit pinggang segala. Pastu teringat sama ini budak la...telefon Auntie Wanie a.k.a ibu Rayyan...dengan harapan mau bercakap dgn beliau ni la. Tapi beliau ini dan kazen nya si rayyan tgh melalak secara berkumpulan selepas bergaduh2 manja. Jadi, redakan keadaan selama 5 minit kemudian telefon SIL sy kembali. Ok, mereka sudah diam. Mungkin terubat rindu dendam kesumat di dada ini tatkala mendengar suaranya nanti. As usual, beliau tidak hengen bercakap dgn ibu kandungnya ini. Apakah beliau sudah melupakan sy? Atau mungkin beliau berdendam kerana meninggalkan beliau di rumah atuk+neneknya? Smpai hati beliau...sy ni punye la rindukan beliau, dpt dengau sore pon jadik la. Tapi hampa. Beliau hanya berkata "nanak" dan terus mendapatkan neneknya..Sedih. X mengapa. Minggu depan kite bertemu buku dengan ruas ye anakanda. Tunggukan kepulangan ibu dan bapa mu ini. Sila jgn buat jual mahal kelak pabila bertemu kami. Kami akan peluk kamu smpai kamu menangis dan insaf atas segala perbuatan jarak jauh kamu terhadap kami. Ini pics terbaru beliau yg di ambil oleh SIL sy. Jadi la dpt tatap kedewasaan beliau di kejauhan...haices...mcm la jauh nau kuantan-melaka...baru 3 mggu tnggalkan dah rase nak pengsan kerinduan ekekeke....
Beliau yg dimaksudkan

Bersama kazen beliau..Rayyan ImanCiuman mesra di malam minggu. Eh??Tetiba. Dah besau sok xleh cium2 molot gini tau..dosa!!

Kat umah rayyan nie..
himpunan saat2 mesra mkn bersuap2an, main bersama2an...kalau x, beliau asik bergaduh+mencakau si rayyan je kejenyer..x pdn ngan pompuan..grg sungguh..auww...

Moral of the story : Jangan tinggalkan anak lama2. Nanti anda juga yg meroyan kerinduan. Kepada anakanda, ini pics sume memori anda di masa akan dtg. Sila la baca segala coretan di belog ini kiranya ummi tiada nati. Eh, cam nak mati plak dah...oke, solat Asar siap2 ar...mane tau kan...Astarghfirullah....